Still mama and abah 's beloved daughter.

Friday, November 22, 2013

Sebab

Assalamualaikum.

A very good morning to my readers, teachers and friends. Hahahaha it's sooooooo mean tiba hahaha. Okay okay.

So what's up guys? Sihat? Saya di sini sihat alhamdulillah. Berat maintain tak turun tak naik, ini menunjukkan sikap yg positif hahahaha lol

Nak bagitau sebenarnya, sebagai pelajar sekolah, aku rasa gembiralah kan sebab apa? Sebab... Sebab apa guys sebab apa? Sebab...

Sebab...

  Sebab...

    Sebab...

      Sebab...

        Sebab...

          Sebab...

SEBAB

SEBAB

BECAUSE OF ......

IT'S HOLIDAY TIME!!!

YEAY!!

ME IS SO HAPPY!!!

YEAH BROKEN ENGLISH 

WHO CARES?

HAHAHAHA

Ok maaf semua aku agak macam sangat sekali serabut lol tetiba. Bukan apa saja nak buat saspen walaupun tak jadi hm sedih hm hm haha. Nak cerita ni, sejak cuti sekolah bermula, aku tak pi memana pun. Adalah jalan sikit. Tak banyak pun. Nak tau aku pergi mana? Taknak tau? Nak cerita juga. Mari rapat rapat mari.

Cuti sekolahh bermula minggu lepas ye pada tarikh 15 November 2013 bersamaan hari Jumaat. Tu sekolah akulah. Sekolah lain dah cuti awal dah hm sedih :c Hahaha. So guess what? Guess what? What? A day before tu my class ada buat jamuan akhir tahun. BEST! Yea, I know, every year the same thing aku akan cakap iaitu BEST. Apa yang BEST sangat ni? Sebab, kitorang buat jamuan ni dalam kelas and belanja semua cikgu yg ajar kelas kitorang. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan walaupun tk semua cikgu yg menghadirkan diri ke majlis tk rasmi tersebut. Perghh ayat bm bhai hahaha.

Esoknya cuti bla bla ok. Esoknya tu lah aku dgn mama pi karok. Syok bhai haha. Karok sampai lebam lah kan benda dah lama tak karok. Memandangkan masa dah suntuk, kitorang karok 2 jam je. Biasanya 3 jam. Haaa kau hado? Punya nak ajak mama karok en 50-50 lah hahaha.

The next monday, pagi-pagi dah ada orang text aku. Semak. Ganggu gua tidur je. Ohhh sahabat sejati xoxo text :') Text pun igtkan apalah kan. Sekali text suruh call. Yea, kawan baik sejati :') Biasa dah aku call depa ni. Perkara biasa. Call semua katanya ajak keluar. Like seriously last minute. A'ahhh seronoklah ajak last minute. Aku ni dah lah orang penting dalam rumah ni igt senang-senang org rumah ni nak bagi aku keluar? Haaa pujuk mama semua dalam masa sejam jugak, mama suruh kemas rumah dulu baru boleh keluar. Candhekkkkk. Kemas-kemas ambik teksi fetch Eyba and Syaff kt simpang rumah Syaff. So kitorang pi lah Ampang Point by taxi. Tujuan utama pi sana nak teman ba ni ha beli kasut. Tujuan utama lah. Tp tu tipu. Alang-alang keluar, memang lepak lah cerita dia. Benda aku igt nak main bowling sbb aku ajak depa main bowling harini depa cannot. Si Eyba ni mana nak. Katanya nak lepak. Tahulah rindu. Jerawat dah bertambah sekarang hikhikhik ni akibat cinta lah ni. Cinta? Tuihhh hahahaha

Dah beli pempuan ni punya kasut, kitorang pun round satu Ampang Point. Dah round, kami memutuskan untuk membawa diri kami masing-masing ke Pizza Hut Twin Tower. Tiba. Pergilah Pizza Hut makan semua alhamdulillah kenyang. Lepak mamak jap sebab siang masih muda. Baru pukul 4 time tu. So, lepak mamak sampai pukul 6 then balik ke rumah masing-masing. Seronok bhai keluar dgn kwn-kwn. Kwn-kwn sejati pulak tu hm yeke? Yekere? Hahahaha.

Harini Jumaat. Rabu haritu siblings aku pergi Nilai kat Nogori tu saja jalan-jalan duduk rumah busu. Makcik cheq tu. Lepak sana sampai harini lah. Haaa ni baru balik. Best kot. Sebab apa best? Naik ketapi tukor-tukor hahahaha. First, paksu hantar kitorang dgn busu kat KLIA Transit, Salak Tinggi. Best kot naik ketapi berkelajuan tinggi. Rasa cem dalam hotel hahahahaha motif sangat. Lepastu turun Bandar Tasik Selatan pi Chan Sow Lin tukar pi Pandai Indah. Sampai jugak destinasi rumah kami :') Kami? Hm ya kami :') Hahahahahahahaha. Bukannya jakun tp first time aku naik KLIA Transit aka kereta api berkelajuan tinggi. Kau berdiri sebelah tu boleh terbang. Apak laju hengkoooo.

Benda sebenarnya gua takde kerja tu yg cerita semua ni. Sorrylah kalau boring kahkah. Sampai ketemu lagi ya. Bye. Assalamualaikum.

Saturday, August 31, 2013

Dissection.

Assalamualaikum semua :)

Long time no see? Haaa. Apa habak hangpa semua? Baik-baik belaka naa?
Harini takdok nok cito gapo eh. Sajo tengok-tengok kot kot ado bendo baghu. Hahahaha hambik kau Kedah campur Kelantan. Tak boleh cakap apa ah.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sebagai salah seorang pelajar yang mengambil course Sains Tulen, 27 Ogos bersamaan hari Selasa lepas kelas aku ada buat pembedahan katak. Dengar macam seram bukan?


Tadaaa! Hahaha amacam? Banyak seram tak? Eleh tu baru sikit maaa :p Btw, ni bukan katak group aku, ni katak group lain, sorry, pinjam gambar jap. Hahaha. Okay.

Group aku ada 3 orang, Eyba, Syaff dan termasuk aku. Memang best lah aku kata bedah katak ni. Cuma first-first ah menggelikan bila nak pengsankan dia. Hidup lagi en memang gelilah. Nak pengsan kan dia ambil masa dalam 30 minit ah. Kalau nak yang fresh, nak yg gerak-gerak lagi, pengsan kan lah dia 15 minit. Tak berani aku. Kejap lagi nak start bedah dia gerak-gerak. Kesian kot. Tapi sayanglah, katak aku betul-betul dah mati masa kitorang nak start bedah tu. Sepatutnya masa nak bedah tu nak dia hidup lagi tapi dalam keadaan pengsan ah macam separuh sedar. Tapi tak, aku punya katak betul-betul dah mati. Badan dia pun dah keras macam ayam dalam freezer.

Lepas dah pengsan kan dia, angkat dia kat atas dulang kot. Apa tah nama dia. Macam benda hitam kat gambar atas tu. Then baringkan dia. Sebelum cikgu bagi bedah, cikgu suruh kitorang explore satu badan dia, mata mata dia, telinga, gigi, tangan, kaki, semua yang external lah. Lepastu, bermulalah kisah yang menyayat hati HAHAHAH. 

Kita mulakan dengan aktiviti membuang kulit. Aku dgn Eyba tarik kulit guna pengepit then Syaff yang potong kulit dia guna scalpel. Scalpel tu pisau tajam yang memang khas untuk bedah. Masa nak buka kulit tu tak boleh suka hati tarik. Kena hati-hati takut kena organ. Tapi before organ kita jumpa isi dia dulu or lebih dikenali sebagai daging. Dah siap, buka isi dia pulak. Guna scalpel juga. Dia ikut kesenangan ah. Ada group yang guna scalpel and ada juga yg guna gunting bedah. Dah buang isi, jumpalah organ seperti gambar di atas. Masa proses nak buang kulit and isi tu ada gambarnya :p


Macam doktor en? Smart en? Awesome en? Hahahahaha best gila cakap kau. Gambar proses buang kulit and isi tu gambar yg first sekali yang bajet-bajet semua pandang bawah hahahaha. Smart en? Well :p Dalam gambar first tu aku paling kanan, yg tengah tu Eyba and diikuti dengan Syaff. Dah buang kulit and isi, masa untuk selongkar organ. Ohh, sekarang baru tau rupa sebenar jantung, usus besar and kecil, perut, pancreas, liver, gall bladder and macam-macam lagilah. Orang kata group aku paling kejam sebab si Syaff tu lah. Dia pergi kepak-kepak katak tu macam kepak ayam. Dia patahkan sampai bunyi tulang tu boleh dengar kot hahahahaha. Dah bedah semua tu pergi selongkar katak yang lain. Ada yang besar, kecil, sederhana kecil. Group aku kira katak yg sederhana. Memang best lah bedah katak ni. Walaupun cita-cita aku bukan nak jadi doktor.

Dah habis bedah, buang semua bangkai katak, organ dia, masa untuk ambil gambar mwehehehehe.


Ni group aku. Tff kateko :p Gambar yg bawah tu muka aku nampak sangat bulat. Syaff memang saja letak gambar tu. Dia kan serabut nak ambik gambar dia je yg cantik hahahahaha. Tapi aku suka gambar ni, smart :p Lain-lain gambar...


 
Silat bersama hahahaha. Dari kiri, Hanis, Syaff, aku, Maslan. Always classmates kateko.

Tahun ni sekolah aku ada buat pertukaran pelajar dari luar negara macam tahun-tahun sebelum ni. Budak tu masuk kelas aku, dah 2 minggu tak silap aku. Dia dari Jerman and nama dia Nathan Vobis. Sebelum nak balik tu ajak dia bergambar, dia pun okay je, apa lagi, snap sana sini lah :p Hahahaha.


Orangnya tinggi lampai macam pokok kelapa. Thanks Nathan :) Dia pun melayan je kerenah kitorang hahaha. Sampai sini jelah post aku buat harini. InsyaAllah kalau ada topik yg lebih menarik (bajet en bunyinya? hahaha) akan ku coretkan di sini. Hahahaha ayat penulis terkenal lol sangat choii sangat. Bye semua. Assalamualaikum.




Friday, June 7, 2013

Yabedabedu

Assalamualaikum semua :)

So, macam mana dgn school holiday? Ada baik? Takda baik? Hahhaha. Hari ni dah masuk hari ke-15 budak sekolah bercuti. Wow dah lama rupanya cuti. Tapi rasa sekejap je what the lol hahaha xD Tup tup harini dah hari Jumaat.  Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dah sekolahh............ Cepatnya masa berlalu. Hm.

Sepanjang cuti sekolah ni aku keluar dengan kawan 2 kali jerr. Tak banyak macam korang *jet jet ayat budak facebook* Bwahahaha itu hina k back to the topic.

Hari Ahad haritu, 2 Jun, aku pergi Kenanga dengan Kaklulik. AWESOME. Best gila doh. Pergi sana sumpah rambang mata. Kita ni perempuan memang kalau boleh nak masuk semua kedai. Dah lah banyak barang murah, lepastu ada sale pulak tu. APAK BEST. Thumbs up katek0. Kitorang dah lah keluar dari pukul 10 balik pukul 5. Best gila kot. Rasa puas sangat. Tak pernah rasa mcm ni bila kitorang keluar. Baru first time rasa puas sangat keluar. Eventhough tak beli banyak, tapi puas hati ah. At least, aku beli jam hehehe. Punyalah pusing satu bangunan, beli jam je? Ada aku kesah? Bwahahahhaha xD Kaklulik pulak beli jam macam aku and lighter. MOTIF SANGAT PERGI JAUH-JAUH BELI LIGHTER xD Bukan lighter sebarang lighter. Lighter jenis yang lawa-lawa tu. Then habis shopping pi karok kat Axis. MANTOP. Then pi makan semua balik.




Sweet bukan? Awww. Hahahha.

Rabu haritu, 5 Jun, hang out dengan gegirls! Wehuuuu~ Akhirnya aku dapat jumpa my lovely Eisya, Kechik and Aqilah :* Dah lama gila kot tak jumpa diorang. Setakat Nad, Syaff, Arie apalah sangat :p Selalu dah jumpa. Bosan hahaha xD So, kitorang pergi Time Square makan semua then plan nak main bowling. Tapi bowling bapak mahal. Adalah dalam RM16 kot. Cekik darah kot. Plan nak main bowling pun terbantut. Then ingat nak pi karok dalam TS tu. Ada karok, tapi karaoke jamban. Bilik untuk 2 orang je. Kitorang semua 7 orang. Memang tak ah ceritanya! Pergi karok level lain tapi tempat tu macam lain macam. Ada arak, lepastu ramai orang cina. takpelah. Tak jadi. So, disebabkan kitorang semua gegirls, kitorang mengambil keputusan untuk shopping hehehe. Pusing satu bangunan kau. Kena carut kat twitter! Hahahaha.

Lepas pusing satu bangunan, aku dapat beli 1 beg. Diorang semua beli baju. Kemain kau shopping habis gituu~ Hahaha. 







Sweet bukan? Hehehe. Balik tu semua berpelukan. Almaklumlah kebanyakan diorang tu berasal daripada asrama. Ehh? Hina betul ayat xD So, bila duduk asrama memang jaranglah jumpa. Entah bila lagi lah agaknya kita jumpa lagi ye dak? Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat. Amin.

Tadi pergi sekolah jap ada latihan choral speaking. hehehe beloved TFF :* Bye, assalamualaikum.



Thursday, May 16, 2013

Lose My Heart

Assalamualaikum...

Dear you, macam mana aku nak cakap ye. Hm. Aku kenal kau masa aku form 1. And masa tu kau form 4. Kan? Haa yelah beza 3 tahun. Aku suka tengok kau. Cara kau jalan, cara lirikan mata kau, cara kau cakap, muka kau, semua pasal kau lah. Since aku form 1 wehh, FORM 1 aku.... Macam mana nak cakap eh. Jatuh cinta? Omagad terlalu jiwang. Senang cerita sukalah. Tapi ni bukan suka means, suka saje-saje, tapi suka fall in love. Sorrylah, eventhough aku geli dgn perkataan "love" or"cinta" ni tapi tu lah hakikatnya perasaan aku kat kau. Maybe selama ni kau tak sedar yang aku sukakan kau sampai aku confess kat kau. Masa aku confess tu tak silap aku, form 1. Tapi kau dapat tahu masa form 2. Bhahahaha like seriously, jgn fikir time tu. Time tu aku sangatlah tak matang, okay. Sebab tu aku berani confess. Kahkah.

Yang buatkan aku suka sangat dengan kau sebab kau layan aku. Maybe kau anggap aku as your friend. Tapi, aku? Aku anggap kau lebih daripada seorang kawan. Bila kau message aku, I mean reply message aku, hanya Allah je tau perasaan aku time tu. Time tu jelah. Time tu aku batak sikit dgn kau. Hahahaha. Sekarang? Jakgi eh jakgi aku bagitau. Lepastu, kau cerita semua masalah kau kat aku. Dah macam bestfriend dah. Aku still ingat tau semua benda yang kau cerita kat aku. Apa, kau ingat mentang-mentang kita jarang sgt contact sekarang aku lupa? Tak okay. Kau kawan aku. Apa yang kau cerita, semua aku ingat. By the way, thanks sebab percayakan aku untuk kongsi cerita panjang lebar kau tu (: Cerita pasal texting, aku yg biasanya yg mulakan text tu. Iyelah sekarang ni siapa yg suka siapa kan? Hahahha kelakar xD Okay back to the story. Bila dah text tu, kitorang pun texting lah sampai pagi pukul 2 or 3 or sampai lah one of us tertidur. Sweet bukan? Lol. Geli geli hahaha. Time tu aku rasa sangat dihargai sebab apa? Sebab dalam banyak-banyak kawan aku, dialah satu-satunya kawan yg rajin text aku. Maklumlah, nombor aku DiGi. Bak kata orang, cekik darah hahahaha.

Bila naik je form 2, perasaan tu makin mendalam (acehhh :p). Dah form 2 kan, besar sikit lah than before. Time ni lah aku kira paling batak kat dia. Memang batak gilalah hahahaha. Sumpah hina xD Time tu pulaklah banyak conflict yang terjadi antara aku, dia and kawan baik aku yang menyebabkan hubungan aku dgn kawan baik aku tu dah tak serapat dulu. Sedih bukan? Macam drama pulak. Tapi benda ni betul terjadi kat diri aku. Bolehlah dikatakan cinta 3 segi. Bwahahahhaha kelakar xD Padahal baru form 2. Kiranya time tu dia form 5 ah. Oh yea, sejak dia form 5, segala text aku dia jarang balas. Kalau balas pun maybe sehari selepas tu or seminggu or tk reply langsung. Sedih bukan? Cerita cinta 3 segi ni mcm ni, aku suka lelaki tu. Tapi, lelaki tu suka kawan aku sedangkan kawan aku tak suka dia. Itulah. Cuma nak cakap, yang sentap and terhiris hati tu masa aku dpt tau kawan aku tu couple dgn dia. Rasa ditikam bukan? Rasa dia amat sedap. Macam makan Halia. Pernah makan tak halia? Kalau tak pernah makan, cuba makan. Mcm tu lah perasaan aku. Hati ni bagai dirobek-robek oleh 1000 jenis pedang (cehh berbunga-bunga) hahahha xD Memang balik tu aku ehem ehem ehem lah. Cuba teka balik tu apa dah jadi kat aku? Boleh fikirlah~

Sejak kejadian tu, hubungan aku dgn kawan aku dah tak seakrab dulu. Dulu boleh dikatakan SANGAT AKRAB. Macam belangkas. Hm, honestly aku memang rindu nak serapat dulu dgn kawan aku tu. Tapi hati kitorang dah tak sejiwa. Sorry. Now, aku dah luahkan segala apa yang aku rasa pasal dia. So sejak aku luahkan tu, aku jarang bercakap dgn dia. Boleh kiralah dalam seminggu berapa kali je cakap. Aku tak rapat dgn dia dah sekarang. Dah tak share pape pun. Tapi, honestly, memang aku rindukan dia. Okay sambung.

So, bila aku dah form 3, dia dah habis sekolah. Bermulalah hidup aku kat sekolah without looking at him. Mula-mula rasa macam sekolah pun takde guna sbb tak nampak dia (motif sangat). Tapi, without him, aku lebih bebas dari dibelenggu perasaan aku kat dia. Sejak aku form 3 lah aku langsung tak fikir pasal dia. Tapi ada lah satu haritu rindu kot :p Aku text lah dia, tapi dia macam t(-.-t) Reply macam nak taknak. What the fish. Aku macam nak jumpa dia time tu jugak rasa macam nak sepak sepak muka dia. Geram! Lepastu aku pun confess yang aku dah tak sukakan dia. Tak suka pun nak confess. Pelik bukan? Hahahaha. So tanpa ingat pasal dia, aku jalani hidup aku as PMR's candidate. Dan alhamdulillah, aku dapat apa yang aku nak. Dia langsung tak wish good luck or congrats. Siaaaa betul. Ye. Aku ngaku. Walaupun aku cakap yg aku dah tak sukakan dia, hakikatnya, adalah sikit tercalit perasaan kat hati ni. Cehhh geli je ayat! Puihhhh! Aku ingat lagi, last aku text dia May last year. Aku still ingat k dia kata kalau dia free dia reply text aku. Tapi macam sampai sekarang en dia macam tak reply text en. Ohh aku tau. Dia mana free. Busy en. Maklumlah bukan dak dak sekolah dah. K faham lah centu en.

Now, aku dah form 4, yang bermakna dia dah 19 tahun. And dia pun dah habis matriks dah. Hm. Aku rindu dia. Hahahaha motif sangat! Aku terkilan jugak sebab dah dua tahun berturut-turut, termasuk tahun ni, dia LANGSUNG tak wish birthday aku. Dia LANGSUNG tak ingat pasal birthday aku. Dia LANGSUNG tak ambil kisah pasal birthday aku. Yang aku ni, every year aku wish. Aku ingat k birthday dia. Hape? Ingat aku tak ingat? Birthday dia bulan 12. Malas nak bagitau berapa haribulan. Nanti orang lain tau. Malas nak kecoh. Lol macam-macam je xD So, tahun ni sedikit sebanyak pun aku still ada perasaan kat dia. Orang kata apa? Cinta sejati? Puihhhh! Tapi betullah kot. Tengoklah. Dari form 1 wehh sampai aku form 4. Lama bukan? Aku rasa diri aku ni terlampau mengharap kat dia. Taktau mcm mana nak hilangkan perasaan tu. Tiap-tiap lepas solat, aku tak pernah lupa doakan untuk dia. Dia kan kawan aku. Aku sentiasa doakan dia. And aku selalu berdoa supaya aku dapat hilangkan perasaan sayang aku ni kat dia. Sakit lah wehh hati ni. Rindu tau tak, Rindu?! Kenapa lah susah sangat nak lupakan dia. Haihh. Aku harap sangat, one day aku dapat lupakan dia sebab aku tau, dia langsung tak pikirkan pasal aku. Aku je yang macam terhegeh-hegeh kat dia. K aku sedar.

Last but not least, aku doakan kau berjaya dalam pelajaran kau. Semoga kau berjaya capai cita-cita kau. And good luck dalam hidup kau! Aku always ada bila kau perlukan aku (ayat jiwang seyh) Hahaha. Betullah! Ingat aku main-main? Hahahaha. Okaylah. Sampai sini je luahan hati aku harini. Doakan aku dapat jawab paper math esok. Amin. Bye! Assalamualaikum (:

Saturday, April 6, 2013

Friendship Never End.

Assalamualaikum semua :)
Okay. memanglah semua orang percaya takde kawan baik dalam dunia ni. Or maybe, kita akan jumpa kawan baik/sahabat sejati kat universiti nanti. Tapi, masa sekolah rendah or sekolah menengah mesti korang ada kawan yg korang rapat jugak en? Bukan nak cerita apa lah kan. Tadi aku keluar dgn sorang budak yg dah pindah kepada sekolah berasrama penuh. SBP tuuuu~ Hahaha. Dia kawan aku dari sekolah rendah tapi start rapat last year. It goes to..... *drum rolls*

NURUL NADZIRAH SAFIAN

Tahniah ! Anda berjaya memikat saya untuk senang berkawan dgn anda. Lol TIBA TIBA je xD Okay. Bukan nak cakap apalah kan. Setakat ni kawan yg aku boleh percaya kau and Eyba. Eyba tak payah cakaplah kan. Hari-hari aku jumpa dia. Tapi kau? Kau kan dah masuk asrama. So mcm sunyi sikitlah. Tapi memandangkan kau dah pindah since Jan lepas, aku dah biasa dah kesunyian hahaha.

Post ni sebenarnya bukan apa. Aku nak cakap yang aku bersyukur walaupun Nad dah pindah sekolah, dia still ingat aku, contact aku, anggap aku sebagai kawan dia and tak awkward langsung bila jumpa dia eventhough dah berbulan-bulan tak jumpa. So aku anggap benda ni sebenarnya sweet. Lol bukan sweet tapi entahlah. Dia macam, aku terharulah. Aku rasa sangat dihargai. Sebab, kawan sekolah rendah aku yg masuk asrama mana ada contact aku? Tapi Nad, dia rajin call aku. Tanya khabar eventhough dalam beberapa minit je hahaha.

Bukan nak cakap apa. tapi kitorang ni sweet kot. Masuk harini, dah 2 kali kitorang dating berdua hehehehe. Best kot keluar berdua. Tak kene palau. Lol itu yang paling penting ah. Saja ah nak share gambar kitorang berjalan tadi :p Hahahaha.





Gambar semua macam sweet en? Lol. Pape pun thanks Nad sebab bawak aku berjalan ke sana sini sampai kaki aku macam nak tercabut. Then, Nad belikan aku purse as my birthday present. Nak tengok? Tak payah ! Rahsia. Aku sorang je yg boleh tengok hahaha xD Pape pun thanks lah Nad sebab sudi jadi kawan aku *tangan kat bahu mata kat atas* Hahaha. Dah lah. Aku tak pandai nak berpuitis ni :p Hahaha. Okay bye!




Tuesday, April 2, 2013

Happy Birthday Ferra :)

Assalamualaikum semua :)
Baru aku sedar dah lama sangat aku tak update blog. Last sekali bulan Januari kan? Lol. Lol okay lol. Sangat lol. Hahaha. Maaf semua. I dah masuk form 4 so I'm very busy. Memandangkan aku ada banyak pangkat this year *evil laugh* Hahahha xD Memang semua orang panggil aku tahun ni orang gila kuasa lol xD Relax sudah. First time okay dapat jawatan banyak. Not banyak actually. But ada banyak kerja yg kene buat. Okay lupekan hahaa.

Actually kan, actually lah, aku nak cerita pasal birthday aku. Tahu tak bila?! Haishh --' Itupun taktau ka? 18 Mac lerr --' Hahaha. Memang tak sambut pun wehh. Centu je. Lagipun that time ada exam en. Exam Physics pulak tu. Lol hahahha. Physics dgn apa tah satu lagi. Lupa~ So memang aku tak fikir apalah. Yang aku tahu, esoknya exam Physics. Hahaha. So malam tu takde siapa pun text aku *sad* Tak macam last year. Bertubi-tubi orang text aku wish happy birthday. But this year *krik* *krik* :( Hahaha.

So, esoknya aku datang sekolah like usual and Alhamdulillah ada juga orang wish eventhough ada segelintir yang tahu my birthday melalui fb, aku appreciate sangat :) Thank you sangat :) Aku hargai kepada semua yang wish aku face to face. Thanks :D Kwan-kawan rapat aku (takde, tp rapatlah jugak haha) wish centu je. "Ohh, birthday kau kan? Happy birthdaaaayyyy" Mereka memang kwaja. Takpe dah biasa hahahaha. Then, balik buka fb, tak ramai pun yang wish *sedih* Haha xD Tak macam tahun lepas jugak. Tahun lepas lagi ramai wish kat fb. Tahun ni sumpah birthday yg paling boring. Boring sedunialah! >.< What ever hahaha. Kat twitter adalah jugak yg wish birthday aku. Terima kasih lah kan. Sekurang-kurangnya korang wish eventhough tau dari fb/twitter jugak lol hahaha.

Balik rumah je, family semua tak cakap apa. Aku senyap jelah kan. Malas nak bunyi. nak tengok diorang ingat ke tak. Then abah panggil. Abah pun cakap lah happy birthday semua. Dah 16 tahun dah hidup. Lol motif xD Thanks lah bah. Ingat abah lupa. Ntah ntah abah tau birthday kaklong dari fb :p Hahaha. Okay okay thank you :) Mama pun macam lol en. Macam tak wish langsung. Aku pun macam okay takpe. At last, mama wish centu je hahaha. Hadiah? Kucupan dari seorang ibu. Okay terimasss jugak :D Kau hado? Hahahahhaa

Malam tu on twitter Kak Eyda tanya aku nak chocolate apa? And I was like, double wow, ada orang nak bagi aku chocolate. Like seriously? First time okay. Kesian kan? *sigh* What ever hahaha. Aku pun request kah macam-macam. Tengok-tengok esok pi sekolah, eyba pass kan chocolate. Vochelle kau. Ha gitu. Ada 2 lagi. 1 kecik, 1 lagi besau. Kau hado? :p Thanks Kak Eyda :* Lap you sikit sikit :* Hahahaha xD

Then, malam Jumaat aku tengah study chemist dalam bilik sebab esoknya exam chemist en. Tiba-tiba ada orang buka pintu sambil nyanyi lagu Happy Birthday plus pegang paper bag kecik. Haaaa I was like wahhhh terharu okay. So sweet :D It's BUSU ! :D My lovely aunty :D Busu nyanyi and bagi paper bag tu and aku goncangkan. Rasa dia macam kotak en. Aku macam dapat agak apa yg busu bagi. Sebab aku dah requst benda tu banyak kali. Akhirnya, betul tekaan aku! Aku dapat jam Casio! Wohoooo! Another jam, yeah man :D Thanks busu sebab beli benda yg kaklong betul-betul nak. Happy gila okay. Dapat je jam tu terus pakai *muka bangga* xD Hahha

Itu jelah birthday present and birthday party aku. Macam LOOOOOOOOOL HAHAHAHA. Btw thanks kepada semua yg wish and yg bagi hadiah. Really aprreciate it. And tak lupa kepada kawan lama aku Nurul Nadzirah Safian, thanks sebab ingat birthday aku. Thanks sebab call aku. Terharu sebenarnya. Tapi buat cool je xD Hahaha. Okay bye. Assalamualaikum :)

Saturday, January 5, 2013

Syukran Jazilan Allah SWT

Assalamualaikum semua :)
Before I start my bebelan, aku nak ucapkan Happy New Year kepada semua manusia. Semoga apa yang kita lalui tahun ni diberkati oleh Sang Pencipta. Amin ya Rabbil Alamin. Tahun ni jugak aku dah masuk form 4. Salah satu tahun yang agak susah. Yea. Susah. Tapi takde apa yg senang without our usaha.

Korang lupa ke yang aku ni second last batch yg ambik PMR? Haaaa taknak tau ke result aku? Hahaha xD Gurau saje. Yelah. Aku nak kongsikan kenangan manis aku. Come here. Sit beside me.

Result PMR tahun 2012 keluar pada tarikh 19 Disember, Rabu. So before pergi sekolah tu siap-siap dululah. Yang paling malas kene pakai baju sekolah. Ya Allah hurobbi, malas gila nak mati, death, die. Hahaha. Suka guna ayt tu eventhough ayat tu salah xD Kk what ever. So, siap-siaplah. Cikgu cakap pukul 10 dah boleh ambil result, so aku cepat-cepat pi sekolah pukul 10.30am. Aku ingat aku yg paling lambat, sekali ramai lagi yg belum datang -.- Cikgu pun belum siapkan lagi slip hahaha. Then cikgu suruh tunggu 15 minit. Okaylah.

Pendekkan cerita, pukul 11 lebih, cikgu panggil pergi blok baru. Aku rasa mama paling semangat. Aku punyelah kecut bila dpt tau yg straight A's 26 orang je, tp mama cepat-cepat pergi blok baru. Kira alhamdulillah lah, SMK Pandan Jaya ada 26 straight A's. Berbanding tahun sebelumnya ;) Tunggu, tunggu, tunggu dah sampai masanya ambik result. Kat blok baru tu ada banyak meja tersusun rapi sambil ada nama kelas sangkut kat setiap meja. Semua dah berbaris ikut kelas. Satu per satu dpt result. Ada yg gembira, ada yg buat muka biasa sbb dah tau dia akan dapat staright A's haha dan mesti ada yg nangis gembira and sedih en? Beratur punya beratur, dah tiba masanya my turn. So cikgu cari nama aku semua, cikgu pun cakap, "Tahniah" sambil senyum. Then aku ckp terima kasih sambil check slip keputusan aku, check check, ada 1B. Luluh jugak hati aku time tu. Then aku tercakap "Alaaa ada 1B. Takpelah :')" Then cikgu Hazri ckp okaylah tu. Bersyukur. Yup. Memang aku patut bersyukur. Semua ni nasib kita. Ni usaha kita. Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Aku bersyukur dapat 7A 1B walaupun ada sedikit perasaan sedih sebab aku dikelilingi rakan-rakan yang peroleh 8A. Aku teringat, ramai lagi orang yang nak kan 7A 1B aku tu. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat-sangat. Ni, aku saja nak kongsikan antara saat-saat paling penting dlm hidup aku :D


 Nampak tak apa yang B? HAHAHAHHA KH xD Aku dah agak dah. Lagipun aku target 6A je hehe. Aku dapat B kh, okay what daripada dapat C or D. Syukran syukran *Lagipun aku memang tak suka KH xD* So lepas dapat result, aku ciao dulu. Diorang semua nak lepak. Aku tak leh ah. Kene ikut mama aku. Wuuuu :( Hahaha. Then, aku dgn mama pergi Tesco Ampang makaaaaaannnn..... PIZZA HUT! Wootwoot! Sodap eh! Tp tak setanding Domino's Pizza :)

Mama gue

And then and then and then. Balik lerr. hahaha.

Okay, cerita pasal hadiah en. Hmm hmm. Setakat ni aku dah dapat RM200. Kau gila?! Siapa nak bagi duit sebanyak tu?! Hahaha. Bersyukurlah. 200 tu boleh beli buku sekolah tau xD Okayokay. Aku dpt 50 ringgit daripada suami Kak Rini, Atuk, Nenek and penulis novel thriller tersohor Malaysia, Uncle Ramlee Awang Murshid. Thank you semua! :) Sekarang ni aku nak tuntut hadiah from Mama and Abah, Busu and Mummy. Tak bagi lagi ni. takpe-takpe, akan ku tuntut kelak! *evil laugh* Hahaha. So bila naik form 4, aku duduk kelas 4 Alfa. Takpelah. Malas nak tukar kelas. Duduk jelah kelas yg cikgu dah bagi. Bersyukur. Alhamdulillah. Kalau boleh aku nak pindah sekolah. Aku tak sabar nak tunggu 15Jan ni sebab kemasukan ke asrama. Actually bukan kemasukan tapi surat lah kot. Hahaha. Aku harap, aku dapat. Amin. Tu jelah aku nak bercerita harini. Pape pun keputusan yg aku dapat, aku tetap bersyukur. Sebab tak semua rasa apa yg aku rasa. Bye. Assalamualaikum :)