Assalamualaikum semua :)
Long time no see? Haaa. Apa habak hangpa semua? Baik-baik belaka naa?
Harini takdok nok cito gapo eh. Sajo tengok-tengok kot kot ado bendo baghu. Hahahaha hambik kau Kedah campur Kelantan. Tak boleh cakap apa ah.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sebagai salah seorang pelajar yang mengambil course Sains Tulen, 27 Ogos bersamaan hari Selasa lepas kelas aku ada buat pembedahan katak. Dengar macam seram bukan?
Tadaaa! Hahaha amacam? Banyak seram tak? Eleh tu baru sikit maaa :p Btw, ni bukan katak group aku, ni katak group lain, sorry, pinjam gambar jap. Hahaha. Okay.
Group aku ada 3 orang, Eyba, Syaff dan termasuk aku. Memang best lah aku kata bedah katak ni. Cuma first-first ah menggelikan bila nak pengsankan dia. Hidup lagi en memang gelilah. Nak pengsan kan dia ambil masa dalam 30 minit ah. Kalau nak yang fresh, nak yg gerak-gerak lagi, pengsan kan lah dia 15 minit. Tak berani aku. Kejap lagi nak start bedah dia gerak-gerak. Kesian kot. Tapi sayanglah, katak aku betul-betul dah mati masa kitorang nak start bedah tu. Sepatutnya masa nak bedah tu nak dia hidup lagi tapi dalam keadaan pengsan ah macam separuh sedar. Tapi tak, aku punya katak betul-betul dah mati. Badan dia pun dah keras macam ayam dalam freezer.
Lepas dah pengsan kan dia, angkat dia kat atas dulang kot. Apa tah nama dia. Macam benda hitam kat gambar atas tu. Then baringkan dia. Sebelum cikgu bagi bedah, cikgu suruh kitorang explore satu badan dia, mata mata dia, telinga, gigi, tangan, kaki, semua yang external lah. Lepastu, bermulalah kisah yang menyayat hati HAHAHAH.
Kita mulakan dengan aktiviti membuang kulit. Aku dgn Eyba tarik kulit guna pengepit then Syaff yang potong kulit dia guna scalpel. Scalpel tu pisau tajam yang memang khas untuk bedah. Masa nak buka kulit tu tak boleh suka hati tarik. Kena hati-hati takut kena organ. Tapi before organ kita jumpa isi dia dulu or lebih dikenali sebagai daging. Dah siap, buka isi dia pulak. Guna scalpel juga. Dia ikut kesenangan ah. Ada group yang guna scalpel and ada juga yg guna gunting bedah. Dah buang isi, jumpalah organ seperti gambar di atas. Masa proses nak buang kulit and isi tu ada gambarnya :p
Macam doktor en? Smart en? Awesome en? Hahahahaha best gila cakap kau. Gambar proses buang kulit and isi tu gambar yg first sekali yang bajet-bajet semua pandang bawah hahahaha. Smart en? Well :p Dalam gambar first tu aku paling kanan, yg tengah tu Eyba and diikuti dengan Syaff. Dah buang kulit and isi, masa untuk selongkar organ. Ohh, sekarang baru tau rupa sebenar jantung, usus besar and kecil, perut, pancreas, liver, gall bladder and macam-macam lagilah. Orang kata group aku paling kejam sebab si Syaff tu lah. Dia pergi kepak-kepak katak tu macam kepak ayam. Dia patahkan sampai bunyi tulang tu boleh dengar kot hahahahaha. Dah bedah semua tu pergi selongkar katak yang lain. Ada yang besar, kecil, sederhana kecil. Group aku kira katak yg sederhana. Memang best lah bedah katak ni. Walaupun cita-cita aku bukan nak jadi doktor.
Dah habis bedah, buang semua bangkai katak, organ dia, masa untuk ambil gambar mwehehehehe.
Ni group aku. Tff kateko :p Gambar yg bawah tu muka aku nampak sangat bulat. Syaff memang saja letak gambar tu. Dia kan serabut nak ambik gambar dia je yg cantik hahahahaha. Tapi aku suka gambar ni, smart :p Lain-lain gambar...
Silat bersama hahahaha. Dari kiri, Hanis, Syaff, aku, Maslan. Always classmates kateko.
Tahun ni sekolah aku ada buat pertukaran pelajar dari luar negara macam tahun-tahun sebelum ni. Budak tu masuk kelas aku, dah 2 minggu tak silap aku. Dia dari Jerman and nama dia Nathan Vobis. Sebelum nak balik tu ajak dia bergambar, dia pun okay je, apa lagi, snap sana sini lah :p Hahahaha.
Orangnya tinggi lampai macam pokok kelapa. Thanks Nathan :) Dia pun melayan je kerenah kitorang hahaha. Sampai sini jelah post aku buat harini. InsyaAllah kalau ada topik yg lebih menarik (bajet en bunyinya? hahaha) akan ku coretkan di sini. Hahahaha ayat penulis terkenal lol sangat choii sangat. Bye semua. Assalamualaikum.