Still mama and abah 's beloved daughter.

Saturday, August 31, 2013

Dissection.

Assalamualaikum semua :)

Long time no see? Haaa. Apa habak hangpa semua? Baik-baik belaka naa?
Harini takdok nok cito gapo eh. Sajo tengok-tengok kot kot ado bendo baghu. Hahahaha hambik kau Kedah campur Kelantan. Tak boleh cakap apa ah.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sebagai salah seorang pelajar yang mengambil course Sains Tulen, 27 Ogos bersamaan hari Selasa lepas kelas aku ada buat pembedahan katak. Dengar macam seram bukan?


Tadaaa! Hahaha amacam? Banyak seram tak? Eleh tu baru sikit maaa :p Btw, ni bukan katak group aku, ni katak group lain, sorry, pinjam gambar jap. Hahaha. Okay.

Group aku ada 3 orang, Eyba, Syaff dan termasuk aku. Memang best lah aku kata bedah katak ni. Cuma first-first ah menggelikan bila nak pengsankan dia. Hidup lagi en memang gelilah. Nak pengsan kan dia ambil masa dalam 30 minit ah. Kalau nak yang fresh, nak yg gerak-gerak lagi, pengsan kan lah dia 15 minit. Tak berani aku. Kejap lagi nak start bedah dia gerak-gerak. Kesian kot. Tapi sayanglah, katak aku betul-betul dah mati masa kitorang nak start bedah tu. Sepatutnya masa nak bedah tu nak dia hidup lagi tapi dalam keadaan pengsan ah macam separuh sedar. Tapi tak, aku punya katak betul-betul dah mati. Badan dia pun dah keras macam ayam dalam freezer.

Lepas dah pengsan kan dia, angkat dia kat atas dulang kot. Apa tah nama dia. Macam benda hitam kat gambar atas tu. Then baringkan dia. Sebelum cikgu bagi bedah, cikgu suruh kitorang explore satu badan dia, mata mata dia, telinga, gigi, tangan, kaki, semua yang external lah. Lepastu, bermulalah kisah yang menyayat hati HAHAHAH. 

Kita mulakan dengan aktiviti membuang kulit. Aku dgn Eyba tarik kulit guna pengepit then Syaff yang potong kulit dia guna scalpel. Scalpel tu pisau tajam yang memang khas untuk bedah. Masa nak buka kulit tu tak boleh suka hati tarik. Kena hati-hati takut kena organ. Tapi before organ kita jumpa isi dia dulu or lebih dikenali sebagai daging. Dah siap, buka isi dia pulak. Guna scalpel juga. Dia ikut kesenangan ah. Ada group yang guna scalpel and ada juga yg guna gunting bedah. Dah buang isi, jumpalah organ seperti gambar di atas. Masa proses nak buang kulit and isi tu ada gambarnya :p


Macam doktor en? Smart en? Awesome en? Hahahahaha best gila cakap kau. Gambar proses buang kulit and isi tu gambar yg first sekali yang bajet-bajet semua pandang bawah hahahaha. Smart en? Well :p Dalam gambar first tu aku paling kanan, yg tengah tu Eyba and diikuti dengan Syaff. Dah buang kulit and isi, masa untuk selongkar organ. Ohh, sekarang baru tau rupa sebenar jantung, usus besar and kecil, perut, pancreas, liver, gall bladder and macam-macam lagilah. Orang kata group aku paling kejam sebab si Syaff tu lah. Dia pergi kepak-kepak katak tu macam kepak ayam. Dia patahkan sampai bunyi tulang tu boleh dengar kot hahahahaha. Dah bedah semua tu pergi selongkar katak yang lain. Ada yang besar, kecil, sederhana kecil. Group aku kira katak yg sederhana. Memang best lah bedah katak ni. Walaupun cita-cita aku bukan nak jadi doktor.

Dah habis bedah, buang semua bangkai katak, organ dia, masa untuk ambil gambar mwehehehehe.


Ni group aku. Tff kateko :p Gambar yg bawah tu muka aku nampak sangat bulat. Syaff memang saja letak gambar tu. Dia kan serabut nak ambik gambar dia je yg cantik hahahahaha. Tapi aku suka gambar ni, smart :p Lain-lain gambar...


 
Silat bersama hahahaha. Dari kiri, Hanis, Syaff, aku, Maslan. Always classmates kateko.

Tahun ni sekolah aku ada buat pertukaran pelajar dari luar negara macam tahun-tahun sebelum ni. Budak tu masuk kelas aku, dah 2 minggu tak silap aku. Dia dari Jerman and nama dia Nathan Vobis. Sebelum nak balik tu ajak dia bergambar, dia pun okay je, apa lagi, snap sana sini lah :p Hahahaha.


Orangnya tinggi lampai macam pokok kelapa. Thanks Nathan :) Dia pun melayan je kerenah kitorang hahaha. Sampai sini jelah post aku buat harini. InsyaAllah kalau ada topik yg lebih menarik (bajet en bunyinya? hahaha) akan ku coretkan di sini. Hahahaha ayat penulis terkenal lol sangat choii sangat. Bye semua. Assalamualaikum.




Friday, June 7, 2013

Yabedabedu

Assalamualaikum semua :)

So, macam mana dgn school holiday? Ada baik? Takda baik? Hahhaha. Hari ni dah masuk hari ke-15 budak sekolah bercuti. Wow dah lama rupanya cuti. Tapi rasa sekejap je what the lol hahaha xD Tup tup harini dah hari Jumaat.  Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dah sekolahh............ Cepatnya masa berlalu. Hm.

Sepanjang cuti sekolah ni aku keluar dengan kawan 2 kali jerr. Tak banyak macam korang *jet jet ayat budak facebook* Bwahahaha itu hina k back to the topic.

Hari Ahad haritu, 2 Jun, aku pergi Kenanga dengan Kaklulik. AWESOME. Best gila doh. Pergi sana sumpah rambang mata. Kita ni perempuan memang kalau boleh nak masuk semua kedai. Dah lah banyak barang murah, lepastu ada sale pulak tu. APAK BEST. Thumbs up katek0. Kitorang dah lah keluar dari pukul 10 balik pukul 5. Best gila kot. Rasa puas sangat. Tak pernah rasa mcm ni bila kitorang keluar. Baru first time rasa puas sangat keluar. Eventhough tak beli banyak, tapi puas hati ah. At least, aku beli jam hehehe. Punyalah pusing satu bangunan, beli jam je? Ada aku kesah? Bwahahahhaha xD Kaklulik pulak beli jam macam aku and lighter. MOTIF SANGAT PERGI JAUH-JAUH BELI LIGHTER xD Bukan lighter sebarang lighter. Lighter jenis yang lawa-lawa tu. Then habis shopping pi karok kat Axis. MANTOP. Then pi makan semua balik.




Sweet bukan? Awww. Hahahha.

Rabu haritu, 5 Jun, hang out dengan gegirls! Wehuuuu~ Akhirnya aku dapat jumpa my lovely Eisya, Kechik and Aqilah :* Dah lama gila kot tak jumpa diorang. Setakat Nad, Syaff, Arie apalah sangat :p Selalu dah jumpa. Bosan hahaha xD So, kitorang pergi Time Square makan semua then plan nak main bowling. Tapi bowling bapak mahal. Adalah dalam RM16 kot. Cekik darah kot. Plan nak main bowling pun terbantut. Then ingat nak pi karok dalam TS tu. Ada karok, tapi karaoke jamban. Bilik untuk 2 orang je. Kitorang semua 7 orang. Memang tak ah ceritanya! Pergi karok level lain tapi tempat tu macam lain macam. Ada arak, lepastu ramai orang cina. takpelah. Tak jadi. So, disebabkan kitorang semua gegirls, kitorang mengambil keputusan untuk shopping hehehe. Pusing satu bangunan kau. Kena carut kat twitter! Hahahaha.

Lepas pusing satu bangunan, aku dapat beli 1 beg. Diorang semua beli baju. Kemain kau shopping habis gituu~ Hahaha. 







Sweet bukan? Hehehe. Balik tu semua berpelukan. Almaklumlah kebanyakan diorang tu berasal daripada asrama. Ehh? Hina betul ayat xD So, bila duduk asrama memang jaranglah jumpa. Entah bila lagi lah agaknya kita jumpa lagi ye dak? Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat. Amin.

Tadi pergi sekolah jap ada latihan choral speaking. hehehe beloved TFF :* Bye, assalamualaikum.



Thursday, May 16, 2013

Lose My Heart

Assalamualaikum...

Dear you, macam mana aku nak cakap ye. Hm. Aku kenal kau masa aku form 1. And masa tu kau form 4. Kan? Haa yelah beza 3 tahun. Aku suka tengok kau. Cara kau jalan, cara lirikan mata kau, cara kau cakap, muka kau, semua pasal kau lah. Since aku form 1 wehh, FORM 1 aku.... Macam mana nak cakap eh. Jatuh cinta? Omagad terlalu jiwang. Senang cerita sukalah. Tapi ni bukan suka means, suka saje-saje, tapi suka fall in love. Sorrylah, eventhough aku geli dgn perkataan "love" or"cinta" ni tapi tu lah hakikatnya perasaan aku kat kau. Maybe selama ni kau tak sedar yang aku sukakan kau sampai aku confess kat kau. Masa aku confess tu tak silap aku, form 1. Tapi kau dapat tahu masa form 2. Bhahahaha like seriously, jgn fikir time tu. Time tu aku sangatlah tak matang, okay. Sebab tu aku berani confess. Kahkah.

Yang buatkan aku suka sangat dengan kau sebab kau layan aku. Maybe kau anggap aku as your friend. Tapi, aku? Aku anggap kau lebih daripada seorang kawan. Bila kau message aku, I mean reply message aku, hanya Allah je tau perasaan aku time tu. Time tu jelah. Time tu aku batak sikit dgn kau. Hahahaha. Sekarang? Jakgi eh jakgi aku bagitau. Lepastu, kau cerita semua masalah kau kat aku. Dah macam bestfriend dah. Aku still ingat tau semua benda yang kau cerita kat aku. Apa, kau ingat mentang-mentang kita jarang sgt contact sekarang aku lupa? Tak okay. Kau kawan aku. Apa yang kau cerita, semua aku ingat. By the way, thanks sebab percayakan aku untuk kongsi cerita panjang lebar kau tu (: Cerita pasal texting, aku yg biasanya yg mulakan text tu. Iyelah sekarang ni siapa yg suka siapa kan? Hahahha kelakar xD Okay back to the story. Bila dah text tu, kitorang pun texting lah sampai pagi pukul 2 or 3 or sampai lah one of us tertidur. Sweet bukan? Lol. Geli geli hahaha. Time tu aku rasa sangat dihargai sebab apa? Sebab dalam banyak-banyak kawan aku, dialah satu-satunya kawan yg rajin text aku. Maklumlah, nombor aku DiGi. Bak kata orang, cekik darah hahahaha.

Bila naik je form 2, perasaan tu makin mendalam (acehhh :p). Dah form 2 kan, besar sikit lah than before. Time ni lah aku kira paling batak kat dia. Memang batak gilalah hahahaha. Sumpah hina xD Time tu pulaklah banyak conflict yang terjadi antara aku, dia and kawan baik aku yang menyebabkan hubungan aku dgn kawan baik aku tu dah tak serapat dulu. Sedih bukan? Macam drama pulak. Tapi benda ni betul terjadi kat diri aku. Bolehlah dikatakan cinta 3 segi. Bwahahahhaha kelakar xD Padahal baru form 2. Kiranya time tu dia form 5 ah. Oh yea, sejak dia form 5, segala text aku dia jarang balas. Kalau balas pun maybe sehari selepas tu or seminggu or tk reply langsung. Sedih bukan? Cerita cinta 3 segi ni mcm ni, aku suka lelaki tu. Tapi, lelaki tu suka kawan aku sedangkan kawan aku tak suka dia. Itulah. Cuma nak cakap, yang sentap and terhiris hati tu masa aku dpt tau kawan aku tu couple dgn dia. Rasa ditikam bukan? Rasa dia amat sedap. Macam makan Halia. Pernah makan tak halia? Kalau tak pernah makan, cuba makan. Mcm tu lah perasaan aku. Hati ni bagai dirobek-robek oleh 1000 jenis pedang (cehh berbunga-bunga) hahahha xD Memang balik tu aku ehem ehem ehem lah. Cuba teka balik tu apa dah jadi kat aku? Boleh fikirlah~

Sejak kejadian tu, hubungan aku dgn kawan aku dah tak seakrab dulu. Dulu boleh dikatakan SANGAT AKRAB. Macam belangkas. Hm, honestly aku memang rindu nak serapat dulu dgn kawan aku tu. Tapi hati kitorang dah tak sejiwa. Sorry. Now, aku dah luahkan segala apa yang aku rasa pasal dia. So sejak aku luahkan tu, aku jarang bercakap dgn dia. Boleh kiralah dalam seminggu berapa kali je cakap. Aku tak rapat dgn dia dah sekarang. Dah tak share pape pun. Tapi, honestly, memang aku rindukan dia. Okay sambung.

So, bila aku dah form 3, dia dah habis sekolah. Bermulalah hidup aku kat sekolah without looking at him. Mula-mula rasa macam sekolah pun takde guna sbb tak nampak dia (motif sangat). Tapi, without him, aku lebih bebas dari dibelenggu perasaan aku kat dia. Sejak aku form 3 lah aku langsung tak fikir pasal dia. Tapi ada lah satu haritu rindu kot :p Aku text lah dia, tapi dia macam t(-.-t) Reply macam nak taknak. What the fish. Aku macam nak jumpa dia time tu jugak rasa macam nak sepak sepak muka dia. Geram! Lepastu aku pun confess yang aku dah tak sukakan dia. Tak suka pun nak confess. Pelik bukan? Hahahaha. So tanpa ingat pasal dia, aku jalani hidup aku as PMR's candidate. Dan alhamdulillah, aku dapat apa yang aku nak. Dia langsung tak wish good luck or congrats. Siaaaa betul. Ye. Aku ngaku. Walaupun aku cakap yg aku dah tak sukakan dia, hakikatnya, adalah sikit tercalit perasaan kat hati ni. Cehhh geli je ayat! Puihhhh! Aku ingat lagi, last aku text dia May last year. Aku still ingat k dia kata kalau dia free dia reply text aku. Tapi macam sampai sekarang en dia macam tak reply text en. Ohh aku tau. Dia mana free. Busy en. Maklumlah bukan dak dak sekolah dah. K faham lah centu en.

Now, aku dah form 4, yang bermakna dia dah 19 tahun. And dia pun dah habis matriks dah. Hm. Aku rindu dia. Hahahaha motif sangat! Aku terkilan jugak sebab dah dua tahun berturut-turut, termasuk tahun ni, dia LANGSUNG tak wish birthday aku. Dia LANGSUNG tak ingat pasal birthday aku. Dia LANGSUNG tak ambil kisah pasal birthday aku. Yang aku ni, every year aku wish. Aku ingat k birthday dia. Hape? Ingat aku tak ingat? Birthday dia bulan 12. Malas nak bagitau berapa haribulan. Nanti orang lain tau. Malas nak kecoh. Lol macam-macam je xD So, tahun ni sedikit sebanyak pun aku still ada perasaan kat dia. Orang kata apa? Cinta sejati? Puihhhh! Tapi betullah kot. Tengoklah. Dari form 1 wehh sampai aku form 4. Lama bukan? Aku rasa diri aku ni terlampau mengharap kat dia. Taktau mcm mana nak hilangkan perasaan tu. Tiap-tiap lepas solat, aku tak pernah lupa doakan untuk dia. Dia kan kawan aku. Aku sentiasa doakan dia. And aku selalu berdoa supaya aku dapat hilangkan perasaan sayang aku ni kat dia. Sakit lah wehh hati ni. Rindu tau tak, Rindu?! Kenapa lah susah sangat nak lupakan dia. Haihh. Aku harap sangat, one day aku dapat lupakan dia sebab aku tau, dia langsung tak pikirkan pasal aku. Aku je yang macam terhegeh-hegeh kat dia. K aku sedar.

Last but not least, aku doakan kau berjaya dalam pelajaran kau. Semoga kau berjaya capai cita-cita kau. And good luck dalam hidup kau! Aku always ada bila kau perlukan aku (ayat jiwang seyh) Hahaha. Betullah! Ingat aku main-main? Hahahaha. Okaylah. Sampai sini je luahan hati aku harini. Doakan aku dapat jawab paper math esok. Amin. Bye! Assalamualaikum (: