Still mama and abah 's beloved daughter.

Monday, March 7, 2016

Breath

Assalamualaikum semua :)

Hello hello guys! Well, I'm back! Good to know that everyone is fine. Tiba doh speaking hahahaha.
Hai semua pembaca setiaku. Apa khabar? Lamanya aku tak berkarang kat sini. Rindu jugaklah lepas aku baca posts aku yang lepas-lepas. Tu yang aku tetiba nak berkarang balik ni lol. Yea, I know takde siapa yg baca melainkan diri aku sendiri. Tapi takpe, aku suka berkarang-karang ni. Siapa yang sudi baca tu bacalah. Yang tak sudi tu, pi main jauh-jauh.

Well, this is my first post for this year which is new year, 2016! Not that so new year, but a new year to begin a good thing. I'm turning 19 this year omg omg dah gedek lah saya haha. Last time aku berkarang kat sini 2014 di mana umur saya 17 tahun aka form 5. Tiba-tiba aku tulis blog ni balik bila umur aku 19 tahun, omgeeeeeee saya dah gedek. Boleh kahwin. Hahahahaha ok itu gurau. Aku taknak kahwin lagilah because I'm still young maynnnn. I'm only 19! Long way to gooooo~~~

So Alhamdulillah lepas keputusan spm yg tak berapa nak memberangsangkan tu keluar, aku dpt offer ke matriks Perak dan UiTM Bukit Besi which is in Terengganu. Well yg tak memberangsangkan tu sebenarnya aku dpt 4A 5B. Memang tak memberangsangkan pun. Tapi takpelah, bagi aku perkara tu dah lama pun lepas. So aku anggap benda tu as pengajaran. Aku bersyukur well at least aku ada 2 gred tu je alhamdulillah. Tak silap aku, aku dapat 2A+ 2A- 2B+ and 3B. Yang 2B+ tu bapak sayang dohh sebab seriously aku dah target dah at least dpt A- tp, takdir tak menyebelahi. Kita merancang tp Allah yang berhak menentukan.

Okay lupakan kisah menyayat hati spm aku tu. Sekarang aku nak cerita tentang kehidupan aku yang terkini. Lepas aku fikir masak-masak sama ada nak pilih matriks perak or uitm bukit besi, aku decided utk pilih uitm bukit besi! And here I am! I was in bukit besi for almost 1 year (which is 2 sem). Alhamdulillah uitm bukit besi was great. Definitely tempat study yang sangat sesuai. Environment yg dikelilingi hutan, hutan, hutan dan tasik. Hahahahahaha. Bagi sesiapa yang betul-betul menyimpan niat untuk study, masuklah uitm bukit besi. Sangat-sangat sesuai. Sebab kat sini memang takde apa pun korang nak berjimba sakan. Paling jimba pun for me tasik yg terkenal tu jelah, tasik puteri. Tu port lepak budak-budak bb ah tiap petang and tiap minggu. Biasa orang joging kat sana, main basikal (bawaklah basikal sendiri, best berbasikal kat sini petang2), sekarang ada roller blade ha boleh lah ber roller blade kat sana, ada jual burger, keropok lekor dgn air lah sikit-sikit. Oh yea, sebelah tasik lak ada air terjun yang sangat lawa gitu. Tapi aku tak suka mandi situ sebab air terjun dia tak sejuk dan batu dia tajam-tajam. Serious trauma lol.

Pastu tempat budak2 bb selalu hang out ah time weekend tu biasanya Mesra Mall, Kerteh. Tak silap aku sejam kot masa nak pi sana. Ke sejam setengah. Tah, aku pun lupa. MM ni budak2 suka pergi sbb tu jelah satu-satunya tempat yang ada panggung wayang yg paling dekat. Susah kan nak berjalan. Haaa jauh kot hahahah. Nak berjalan je kena keluar duit sewa kereta, duit minyak, duit itu ini ha mampolah ko. Sebab tu nak jimat, bawalah kereta sendiri hewhew. Pastu tempat yg nak shopping2 ke boleh lah pergi bandar Dungun ha gitu. 30 minit dari uitm ni ha. Transport adik-adik jangan risau ye. Ada bas mara liner kt sini boleh angkut korang pi Dungun. Tapi aku tak suka naik bas sebab ada timing dia. Biasa nya sewa kereta ah bro, duit terbang takpe, bukan selalu pergi, sekali-sekala je huhu. Tapi kalau ikutkan naik bas lagi murah. Tak silap aku RM1 ke 50 sen. Aku pun tktau lah sebab tak pernah naik. Tu pun aku dengar2 dari kawan2 je.

Thats all yang aku nak kongsikan setakat ni. See you guys later!


Saturday, August 16, 2014

Facts of Life

Assalamualaikum semua.
Lama sudah tidak ketemu ya?
Apa khabar semuanya?
Yaaaa. Harini 16hb Ogos 2014 jatuh pada hari Sabtu ye kawan-kawan.
Harini aku bangun awal itupun sbb mama kejut hehe. So, I decided to finish up all my homeworks yg tertangguh. Biasalah en spm nak dokek, apatah lagi trial spm ye dok?
So, kalau nak study kenalah siapkan homeworks dulu. Kadang aku terfikir, kenapa cikgu bagi homework sedangkan depa tau anak-anak murid depa ni kena study? Lagi-lagi course aku en.

Memang aku setuju dgn semua hw sbb menggalakkan kita buka buku untuk cari jawapan tapi entahlah. Kita kena terima yang ni semua salah satu budaya sekolah Malaysia kan. Pape pun aku cuma nak cakap yg mood study aku belum sampai. Kalau nak kena tunggu mood tah sampai bila tah nak sampainya ye dok? Kita ni hidup kena ada prinsip dan pendirian tapi entahlah. Susah betei nak buka bukunya. Buka buku pun susah apatah lagi menelaah kan? Berjayanya nak tp studynya malas. Acano nak berjaya kalau gitu jadinya?

Aku sebenarnya boleh tahan stress jugalah. Bila tengok kalendar dalam diam lagi 2 minggu nak trial spm. Erghhhh stress beb sbb aku mmg totally tak revise apa lagi. Form 4 punya silibus dah lah haram jadah. Seriously, silibus form 5 better ok. Lagi senang dan senang dan senang. Aku tak menyesal sbb main-main waktu form 4 tp baru aku sedar mmg masa diperlukan sgt-sgt utk revise semua chapter less than 2 weeks. Ya Allah stressnya lah. But seriously, mmg tak sempat nak study. Aku balik sekolah je dah lambat en around 2 something or 3 camtu. Pastu kalau nak buat hw ptg mmg tk jadi apa idea taknak keluar. Then, petang biasanya tuisyen till maghrib like that. Then, after maghrib biasanya tunggu isyak sekali tup tap tup tap dah pukul 9. So pendekkan cerita pukul 9 aku baru start buat hw yg cikgu bagi.

Buat-buat-buat dah pukul 11.30pm mcm tu. Time tu pula mata gitu-gitu dah berat 85kg. So ada baki 15kg untuk study. Eihhh mmg idoklerr teman. Teman pun apa lagi tidurlah en. Kahkah. Aku tk salahkan cikgu pun. Memang salah akulah aku tak nafikan. Aku ni yg suka tangguh kerja. Benda boleh je dalam tunggu isyak tu buat jelah sikit-sikit en mana yg sempat. Aku ni je suka lengah-lengahkan masa. Kita ni en hidup kena pilih hw or study sbb dua2nya sama berat so tak boleh buat sekali gus dalam masa terdekat. Aku haraplah sgt diri aku ni dapat ubah perangai aku ni. Why lah sgt malas nak study. Padahal hari isnin tuisyen malam beb. Ptg tu mmg byk masa terluang boleh diisi dgn study. Selasa lagilah, free gila takde hal pun. Haihhh stress lah. Aku tertanya-tanya mana diri aku time aku form 3 dulu? Seriously, time form 3 dolo-dolo aku memang rajin. Like rajin gila tk dinafikan. Sbb tu aku dpt 1B KH sbb kh je aku tk study kahkah. Yang lain aku buat latihan bertubi-tubi but not for kh. Sorry. Because I memang tak suka kh. Ko tanyalah kwn2 aku diorang pun tahu hahahahaha.

Aku ingat maybe aku nak sambung matriks. Aku nak cubalah dalam straight A+ walaupun aku rasa benda tu mustahil tp tak mustahil jgk sebenarnya kalau aku hari-hari buat latih tubi. Benda boleh ke masalahnya? Itulah masalahnya. Aku nak cubalah ringankan beban mama abah aku en. Nak cuba dapatkan biasiswa taknaklah meminjam. CUBA ok CUBA. Faham tak? Tak dpt biasiswa takpelah, pinjam jelah. But still, I wanna try for it. If I can get that scholarship, I takyahlah bayar time aku kerja en. So boleh ringankan beban mama abah, beban aku bila aku dah kerja or beban husband aku nanti (tiba) hahahah. I try for my best lah. Kalau aku dpt buat diploma kat MSU pun aku sanggup. Aku sanggup tolak matriks KALAU dapat MSU. And KALAU dapat biasiswa. Yelah MSU en IPTS so up sikitlah harga berbanding IPTS. Bukan sikit tp banyak ye kawan-kawan. InsyaAllah aku akan cuba dptkan biasiswa MSU sbb tempat belajar dia sgt menarik. Aku pergi haritu, bilik mayat dia, labour room dia, lab dia perghhhhhhh. Terboikkkk bohhh! Mmg terbaik. Aku rasa mcm terus semangat nak study tu dtg berkobar-kobar haha. InsyaAllah aku cuba.

Oklah ponat dah den menulih ni haa. Banyak nau idea dtg melimpah-limpah. I pergi dulu ye uolls. Doakan I berjaya dunia akhirat dan dpt buat trial dgn baik. Ameen. And you too ameen. Bye, assalamualaikum.

Tuesday, March 25, 2014

This Is It

Assalamualaikum semua :)
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang, aku mulakan sesi pembaharuan blog aku.

Hi semua apa khabar? Lama dah aku tak update blog. Biasalah orang makin besar makin busy bukannya makin lengang masa ye dok?

Tahun ni aku dah pun mencecah angka 17 tahun. Alhamdulillah baru je minggu lepas sambut birthday aku. Not actually sambut tp just nak bagitau birthday aku dah lepas hihi. Pape pun aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014!! (Yea I know it's too late already kahkah) but who cares? Why bother why bother? Haaa ngko bak kata Azwan Ali.

So, Alhamdulillah tahun lepas iaitu tahun 2013 aku berjaya lalui walaupun banyak peritnya. Well form 4 sememangnya tahun yg amat tertekan tapi tidak bagi 2014. Tahun ni merupakan tahun yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat MENEKANKAN! aka

TERTEKAN!

Sah sah korang langsung tak pandang perkataan 'sangat' lepas 'sangat' yg ketiga. Dasar pemalas! Hahahahaha. Tahun ni aku kan dah form 5, mana taknya, kelas pun kelas yang memang orang kata course yg paling tk byk rehat. Cehhh course ngkooo. Ingat apa? Nak ambik degree? Ahhhh tidak, Certificate in Geology (tiba). Hahahahaha. Tahun ni sumpah stress cakap ngko. Masuk bulan 3 je dah berapa byk homework derhh.

Itu tk termasuk perkara-perkara lain. Itu baru ckp pasal homework belum lagi aktiviti kokurikulum. Perghh. Guess what?

Aku ni dah lah kecewa tahun lepas kawad punya sampai bulan 6 tapi tk hantar, ingatkan bolehlah tebus tahun ni en. Sekali buat buat buat, pun tk jadi. Oh maynnnn what happen maynnn? -.-
Kau expect apa, time aku round tanya siapa nak masuk kawad ramai, suruh tulis nama siapa yg nak masuk, ramai gila sampaikan kononnya nak buat penapisan lah en sbb ramai sgt. Lepastu bila tanya boleh bg komitmen tak sabtu ahad datang kawad? Dijawabnya "BOLEH KAK!" sambil gelak-gelak haha pikir lawak? Last last yg dtg muka tahun lepas itu pun budak ptg and dak-dak tahun ni yg baru nk menjinakkan diri dgn kawad.

Kau tunggu jap tahun depan tengoklah, krs nanti setaraf dgn unit beruniform yg tut tut. Malas nak ckplah. Kang jadi kontroversi, eh eh igt aku siapa nak kontroversi kontroversi bagai? Haihhhh itulah masalahnya budak lama semua bajet bagus taknak masuk ahh sudahlah lupakan.

Tahun ni sumpah ah tertekan juga. Homework sehari lebih daripada 5 ok. Itu belum campur lagi homework yg tertangguh hari-hari sebelumnya (ok, itu salah aku) tp apakan daya, mana nak tuition lg, latihan rumah sukan lagi, nak masuk itu ini lagi, cehh mcm aku masuk bola baling and all those stuff. 

Nak nak dgn sekolah aku pecah rekod sendiri for the first time and forever (mcm lagu Frozen pulak), salah seorang calon SPM tahun 2013 dapat 9A+. Blerghhh lagilah aku tertekan. Tapi takpe, aku bangga dgn individu tu sebab at least dia pecah rekod tau, mana pernah kp sebelum ni dapat straight A's. Dah lah straight A's lepastu A+ pulak tu Allahu pandai sungguh individu itu. TAHNIAH AGAIN! Sejak-sejak keputusan spm 2013 keluar lagilah aku stress. Mana dak nye, ramai betul dpt 6A ke atas. Haihhh terbeban rasa di bahu ini. Mau parents aku letak harapan yang tinggi bagai Gunung Everest kat diri aku lagi-lagi aku anak sulong. 

Susahnya weh nak straight A's dgn English aku selalu dpt C sejak-sejak naik form 4 ni. Subject elektif lak tk pernah dapat atas C. Paling tinggi pun C. Kecuali adalah satu subjek tu aku dapat B. Alhamdulillah. Tapi benda sekarang ipta ke ipts ke nk straight A+ sbb ramai sgt yang pandai kat negara ni haihh. Dah sah-sah lah kalau nk biasiswa kena semua A+. Apa kau ingat senang? Dgn khabar angin mengatakan tahun ni punya kertas soalan spm susah. Haihhh stress I tau uolls. Dengan aku bercita-cita tinggi nak further study kt overseas. Hm semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen.

Dah lah sampai sini jelah. Cuma nak luahkan perasaan ni haa. Saja nak bagitau aku ni dah form 5. Dah besar (tiba) mampolah matang ke tak matang, inilah diri aku. Tiba emo hahahaha. Ok thanks lah siapa yg sudi baca walaupun aku tau takde orang pun yg baca. Jumpa lagi nanti! Bye!

Assalamualaikum...