Korang semua apa khabar? Aku seperti biasa sentiasa sihat wal-afiat. Alhamdulillah :) Lama jugak aku tak update blog kan sampai berhabuk blog aku. Cihh podah haha. Harini aku nak cerita pasal segala aktiviti aku sepanjang cuti sekolah ni. Cehh, segala lah sangat haha. menipuu je kejeww haha xD Okayokay. Merepek pulak aku.
Cuti aku dimulakan dengan 'Jamuan 3PP'. Seterusnya (cehh ayat BM habis), family aku pi jalan-jalan kat genting Highlands. Wehuu~ Memang syok habis ah. Kitorang pergi hari Sabtu iaitu pada tarikh 10 November 2012. Wahhh, dah lama dah senanye. Tapi saje nak cerita sekarang kehkeh. Kitorang pergi menaiki sebuah MPV yang bernama Naza Ria dan disertai dengan sebuah kereta Proton Persona. Nak tau MPV Naza Ria macam mana? Korang google sendiwiiii hahaha.
Sebelum aku sambung cerita aku yang bakal jadi sangat panjang lebar ni, aku nak cakap yang pergi Genting tu semua family aku kecuali Abah, so 6 oranglah. Tak lupa juga family Paksu yang ada 4 orang, nenek and bibik Khom. Drive and drive and drive, Alhamdulillah sampai jugak kitorag kat destinasi yang dituju. Ewaaahh~ Kitorang sampai kira-kira pukul 11am. Kitorang memang suka pergi awal-awal, lagi-lagi school holiday, tutup pukul 10pm. Sampai je kat sana, kitorang mulakan dgn beli tiketlah kan kehkeh. Bla and bla and bla dapat pun masuk kat Theme Park tu. Then, kitorang bahagikan kumpulan. So takdelah semua macam gula yang ditabur atas lantai. Merata-rata. Geng aku ada abanglong, Niran, nabil and Umairah.
Pendekkan cerita, kitorang pun startlah main semua game kat sana. Boleh dikatakan, semua game tak kiralah adventure or tak adventure kitorang main. Yang pasti, semua game orang besar hahaha. Lepas dah penat main tu baliklah kan haha. Kitorang balik malam. Betul-betul masa Theme park tu nak tutup. Time tu baru lepas hujan, memang sejuk gilosss sampai mulut berasap-asap, feeling overseas gituu~ Kehkeh. Gambar aku tak banyak sangat kat sana. Main tak ingat dunia, so takde masa nak ambik gambo hahaha. Ni jelah yang ada.




See? Setiap gambar, ada makna kehkeh.
Selang beberapa minggu kemudian.....Pada hari Khamis, bersamaan dengan 6 December 2012, merupakan hari yang bermakna untuk pelajar tahun 6 Arif batch 97. Gituu~ Hahaha. 6Dec ni telah berlakunya reunion kitorang. Dah lama sangat kan tak jumpa, apa kata hang out reramai? Tak gitu? So kitorang decide, decide, decide, akhirnya reunion diadakan di Ampang Point. Mula-mula kitorang nak pi Wangsa Walk, main bowling and karaoke. Tapi jauh sangat and tambang serta duit dan bayaran yang menelan belanja yang banyak (Maaf saya tak pandai bahasa), kitorang pun tukar lah tempat (hope sempat habiskan post ni before parents balik). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kitorang berkumpul pukul 11am kat depan pintu gerbang Ampang Point. Haha pintu gerbang xD Setelah menunggu selamam 45minit, semua orang sampai jugak. Total yang ada masa tu 22 orang. 10 lelaki, 12 perempuan. Nak aku list kan nama? Tak payahlah~~~ Hahaha.
So kitorang pun beramai-ramailah membontoti antara satu sama lain ke tempat bowling. Dah bayar-bayar-bayar, kitorang pun startlah main. Jujur aku cakap, aku memang tak terer main bowling. But I try my best. Chaiyok Ferra! Hahaha. (Semua gambar berada di bawah naungan camera Ismah Hadirah bt Radzi. Thank you.) Lepas main semua kitorang pun solatlah Zohor and pergi makan kat My Mom's Chicken Rice Shop area situ jugak. Malas nak fikir panjang, kitorang ambik je semua sama set. Set A namanya untuk lunch. Haha. Sepanjang main bowling, jalan, makan, aku tak henti-henti borak dengan Nurin, Syafiqa Z and Che Pah. Biasalah bila kitorang dah jumpa, BAM! Semuanya keluar. Sebab dah lama tak jumpa. Kira lepas rindu ah hahaha xD Habis makan semua ambik lah gambar. Bla and bla and bla kitorang berpecah. Aku and the gang jalan-jalan dalam Ampang Point tu. Beli itu beli ini and bla bla. Hahaha malas nak cerita. Pendekkan cerita, NAH gambar sepanjang reunion ni :)