Still mama and abah 's beloved daughter.

Saturday, January 5, 2013

Syukran Jazilan Allah SWT

Assalamualaikum semua :)
Before I start my bebelan, aku nak ucapkan Happy New Year kepada semua manusia. Semoga apa yang kita lalui tahun ni diberkati oleh Sang Pencipta. Amin ya Rabbil Alamin. Tahun ni jugak aku dah masuk form 4. Salah satu tahun yang agak susah. Yea. Susah. Tapi takde apa yg senang without our usaha.

Korang lupa ke yang aku ni second last batch yg ambik PMR? Haaaa taknak tau ke result aku? Hahaha xD Gurau saje. Yelah. Aku nak kongsikan kenangan manis aku. Come here. Sit beside me.

Result PMR tahun 2012 keluar pada tarikh 19 Disember, Rabu. So before pergi sekolah tu siap-siap dululah. Yang paling malas kene pakai baju sekolah. Ya Allah hurobbi, malas gila nak mati, death, die. Hahaha. Suka guna ayt tu eventhough ayat tu salah xD Kk what ever. So, siap-siaplah. Cikgu cakap pukul 10 dah boleh ambil result, so aku cepat-cepat pi sekolah pukul 10.30am. Aku ingat aku yg paling lambat, sekali ramai lagi yg belum datang -.- Cikgu pun belum siapkan lagi slip hahaha. Then cikgu suruh tunggu 15 minit. Okaylah.

Pendekkan cerita, pukul 11 lebih, cikgu panggil pergi blok baru. Aku rasa mama paling semangat. Aku punyelah kecut bila dpt tau yg straight A's 26 orang je, tp mama cepat-cepat pergi blok baru. Kira alhamdulillah lah, SMK Pandan Jaya ada 26 straight A's. Berbanding tahun sebelumnya ;) Tunggu, tunggu, tunggu dah sampai masanya ambik result. Kat blok baru tu ada banyak meja tersusun rapi sambil ada nama kelas sangkut kat setiap meja. Semua dah berbaris ikut kelas. Satu per satu dpt result. Ada yg gembira, ada yg buat muka biasa sbb dah tau dia akan dapat staright A's haha dan mesti ada yg nangis gembira and sedih en? Beratur punya beratur, dah tiba masanya my turn. So cikgu cari nama aku semua, cikgu pun cakap, "Tahniah" sambil senyum. Then aku ckp terima kasih sambil check slip keputusan aku, check check, ada 1B. Luluh jugak hati aku time tu. Then aku tercakap "Alaaa ada 1B. Takpelah :')" Then cikgu Hazri ckp okaylah tu. Bersyukur. Yup. Memang aku patut bersyukur. Semua ni nasib kita. Ni usaha kita. Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Aku bersyukur dapat 7A 1B walaupun ada sedikit perasaan sedih sebab aku dikelilingi rakan-rakan yang peroleh 8A. Aku teringat, ramai lagi orang yang nak kan 7A 1B aku tu. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat-sangat. Ni, aku saja nak kongsikan antara saat-saat paling penting dlm hidup aku :D


 Nampak tak apa yang B? HAHAHAHHA KH xD Aku dah agak dah. Lagipun aku target 6A je hehe. Aku dapat B kh, okay what daripada dapat C or D. Syukran syukran *Lagipun aku memang tak suka KH xD* So lepas dapat result, aku ciao dulu. Diorang semua nak lepak. Aku tak leh ah. Kene ikut mama aku. Wuuuu :( Hahaha. Then, aku dgn mama pergi Tesco Ampang makaaaaaannnn..... PIZZA HUT! Wootwoot! Sodap eh! Tp tak setanding Domino's Pizza :)

Mama gue

And then and then and then. Balik lerr. hahaha.

Okay, cerita pasal hadiah en. Hmm hmm. Setakat ni aku dah dapat RM200. Kau gila?! Siapa nak bagi duit sebanyak tu?! Hahaha. Bersyukurlah. 200 tu boleh beli buku sekolah tau xD Okayokay. Aku dpt 50 ringgit daripada suami Kak Rini, Atuk, Nenek and penulis novel thriller tersohor Malaysia, Uncle Ramlee Awang Murshid. Thank you semua! :) Sekarang ni aku nak tuntut hadiah from Mama and Abah, Busu and Mummy. Tak bagi lagi ni. takpe-takpe, akan ku tuntut kelak! *evil laugh* Hahaha. So bila naik form 4, aku duduk kelas 4 Alfa. Takpelah. Malas nak tukar kelas. Duduk jelah kelas yg cikgu dah bagi. Bersyukur. Alhamdulillah. Kalau boleh aku nak pindah sekolah. Aku tak sabar nak tunggu 15Jan ni sebab kemasukan ke asrama. Actually bukan kemasukan tapi surat lah kot. Hahaha. Aku harap, aku dapat. Amin. Tu jelah aku nak bercerita harini. Pape pun keputusan yg aku dapat, aku tetap bersyukur. Sebab tak semua rasa apa yg aku rasa. Bye. Assalamualaikum :)


Wednesday, December 12, 2012

Holidaysss and Reunionsss

Assalamualaikum semua :)
Korang semua apa khabar? Aku seperti biasa sentiasa sihat wal-afiat. Alhamdulillah :) Lama jugak aku tak update blog kan sampai berhabuk blog aku. Cihh podah haha. Harini aku nak cerita pasal segala aktiviti aku sepanjang cuti sekolah ni. Cehh, segala lah sangat haha. menipuu je kejeww haha xD Okayokay. Merepek pulak aku.

Cuti aku dimulakan dengan 'Jamuan 3PP'. Seterusnya (cehh ayat BM habis), family aku pi jalan-jalan kat genting Highlands. Wehuu~ Memang syok habis ah. Kitorang pergi hari Sabtu iaitu pada tarikh 10 November 2012. Wahhh, dah lama dah senanye. Tapi saje nak cerita sekarang kehkeh. Kitorang pergi menaiki sebuah MPV yang bernama Naza Ria dan disertai dengan sebuah kereta Proton Persona. Nak tau MPV Naza Ria macam mana? Korang google sendiwiiii hahaha.

Sebelum aku sambung cerita aku yang bakal jadi sangat panjang lebar ni, aku nak cakap yang pergi Genting tu semua family aku kecuali Abah, so 6 oranglah. Tak lupa juga family Paksu yang ada 4 orang, nenek and bibik Khom. Drive and drive and drive, Alhamdulillah sampai jugak kitorag kat destinasi yang dituju. Ewaaahh~ Kitorang sampai kira-kira pukul 11am. Kitorang memang suka pergi awal-awal, lagi-lagi school holiday, tutup pukul 10pm. Sampai je kat sana, kitorang mulakan dgn beli tiketlah kan kehkeh. Bla and bla and bla dapat pun masuk kat Theme Park tu. Then, kitorang bahagikan kumpulan. So takdelah semua macam gula yang ditabur atas lantai. Merata-rata. Geng aku ada abanglong, Niran, nabil and Umairah.

Pendekkan cerita, kitorang pun startlah main semua game kat sana. Boleh dikatakan, semua game tak kiralah adventure or tak adventure kitorang main. Yang pasti, semua game orang besar hahaha. Lepas dah penat main tu baliklah kan haha. Kitorang balik malam. Betul-betul masa Theme park tu nak tutup. Time tu baru lepas hujan, memang sejuk gilosss sampai mulut berasap-asap, feeling overseas gituu~ Kehkeh. Gambar aku tak banyak sangat kat sana. Main tak ingat dunia, so takde masa nak ambik gambo hahaha. Ni jelah yang ada.
                                                           
       
                                        

See? Setiap gambar, ada makna kehkeh.

Selang beberapa minggu kemudian.....Pada hari Khamis, bersamaan dengan 6 December 2012, merupakan hari yang bermakna untuk pelajar tahun 6 Arif batch 97. Gituu~ Hahaha. 6Dec ni telah berlakunya reunion kitorang. Dah lama sangat kan tak jumpa, apa kata hang out reramai? Tak gitu? So kitorang decide, decide, decide, akhirnya reunion diadakan di Ampang Point. Mula-mula kitorang nak pi Wangsa Walk, main bowling and karaoke. Tapi jauh sangat and tambang serta duit dan bayaran yang menelan belanja yang banyak (Maaf saya tak pandai bahasa), kitorang pun tukar lah tempat (hope sempat habiskan post ni before parents balik). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kitorang berkumpul pukul 11am kat depan pintu gerbang Ampang Point. Haha pintu gerbang xD Setelah menunggu selamam 45minit, semua orang sampai jugak. Total yang ada masa tu 22 orang. 10 lelaki, 12 perempuan. Nak aku list kan nama? Tak payahlah~~~ Hahaha.

So kitorang pun beramai-ramailah membontoti antara satu sama lain ke tempat bowling. Dah bayar-bayar-bayar, kitorang pun startlah main. Jujur aku cakap, aku memang tak terer main bowling. But I try my best. Chaiyok Ferra! Hahaha. (Semua gambar berada di bawah naungan camera Ismah Hadirah bt Radzi. Thank you.) Lepas main semua kitorang pun solatlah Zohor and pergi makan kat My Mom's Chicken Rice Shop area situ jugak. Malas nak fikir panjang, kitorang ambik je semua sama set. Set A namanya untuk lunch. Haha. Sepanjang main bowling, jalan, makan, aku tak henti-henti borak dengan Nurin, Syafiqa Z and Che Pah. Biasalah bila kitorang dah jumpa, BAM! Semuanya keluar. Sebab dah lama tak jumpa. Kira lepas rindu ah hahaha xD Habis makan semua ambik lah gambar. Bla and bla and bla kitorang berpecah. Aku and the gang jalan-jalan dalam Ampang Point tu. Beli itu beli ini and bla bla. Hahaha malas nak cerita. Pendekkan cerita, NAH gambar sepanjang reunion ni :)










 Ni jelah gambar yang aku mampu letak. Banyak sangatlah. tak sanggup aku nak post semua haha. Okaylah sampai sini je aku mampu typing. Penat sudah. Abah pun dah balik. Confirm nak pakai laptop. See you soon. Assalamualaikum :)