Still mama and abah 's beloved daughter.

Friday, November 22, 2013

Sebab

Assalamualaikum.

A very good morning to my readers, teachers and friends. Hahahaha it's sooooooo mean tiba hahaha. Okay okay.

So what's up guys? Sihat? Saya di sini sihat alhamdulillah. Berat maintain tak turun tak naik, ini menunjukkan sikap yg positif hahahaha lol

Nak bagitau sebenarnya, sebagai pelajar sekolah, aku rasa gembiralah kan sebab apa? Sebab... Sebab apa guys sebab apa? Sebab...

Sebab...

  Sebab...

    Sebab...

      Sebab...

        Sebab...

          Sebab...

SEBAB

SEBAB

BECAUSE OF ......

IT'S HOLIDAY TIME!!!

YEAY!!

ME IS SO HAPPY!!!

YEAH BROKEN ENGLISH 

WHO CARES?

HAHAHAHA

Ok maaf semua aku agak macam sangat sekali serabut lol tetiba. Bukan apa saja nak buat saspen walaupun tak jadi hm sedih hm hm haha. Nak cerita ni, sejak cuti sekolah bermula, aku tak pi memana pun. Adalah jalan sikit. Tak banyak pun. Nak tau aku pergi mana? Taknak tau? Nak cerita juga. Mari rapat rapat mari.

Cuti sekolahh bermula minggu lepas ye pada tarikh 15 November 2013 bersamaan hari Jumaat. Tu sekolah akulah. Sekolah lain dah cuti awal dah hm sedih :c Hahaha. So guess what? Guess what? What? A day before tu my class ada buat jamuan akhir tahun. BEST! Yea, I know, every year the same thing aku akan cakap iaitu BEST. Apa yang BEST sangat ni? Sebab, kitorang buat jamuan ni dalam kelas and belanja semua cikgu yg ajar kelas kitorang. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan walaupun tk semua cikgu yg menghadirkan diri ke majlis tk rasmi tersebut. Perghh ayat bm bhai hahaha.

Esoknya cuti bla bla ok. Esoknya tu lah aku dgn mama pi karok. Syok bhai haha. Karok sampai lebam lah kan benda dah lama tak karok. Memandangkan masa dah suntuk, kitorang karok 2 jam je. Biasanya 3 jam. Haaa kau hado? Punya nak ajak mama karok en 50-50 lah hahaha.

The next monday, pagi-pagi dah ada orang text aku. Semak. Ganggu gua tidur je. Ohhh sahabat sejati xoxo text :') Text pun igtkan apalah kan. Sekali text suruh call. Yea, kawan baik sejati :') Biasa dah aku call depa ni. Perkara biasa. Call semua katanya ajak keluar. Like seriously last minute. A'ahhh seronoklah ajak last minute. Aku ni dah lah orang penting dalam rumah ni igt senang-senang org rumah ni nak bagi aku keluar? Haaa pujuk mama semua dalam masa sejam jugak, mama suruh kemas rumah dulu baru boleh keluar. Candhekkkkk. Kemas-kemas ambik teksi fetch Eyba and Syaff kt simpang rumah Syaff. So kitorang pi lah Ampang Point by taxi. Tujuan utama pi sana nak teman ba ni ha beli kasut. Tujuan utama lah. Tp tu tipu. Alang-alang keluar, memang lepak lah cerita dia. Benda aku igt nak main bowling sbb aku ajak depa main bowling harini depa cannot. Si Eyba ni mana nak. Katanya nak lepak. Tahulah rindu. Jerawat dah bertambah sekarang hikhikhik ni akibat cinta lah ni. Cinta? Tuihhh hahahaha

Dah beli pempuan ni punya kasut, kitorang pun round satu Ampang Point. Dah round, kami memutuskan untuk membawa diri kami masing-masing ke Pizza Hut Twin Tower. Tiba. Pergilah Pizza Hut makan semua alhamdulillah kenyang. Lepak mamak jap sebab siang masih muda. Baru pukul 4 time tu. So, lepak mamak sampai pukul 6 then balik ke rumah masing-masing. Seronok bhai keluar dgn kwn-kwn. Kwn-kwn sejati pulak tu hm yeke? Yekere? Hahahaha.

Harini Jumaat. Rabu haritu siblings aku pergi Nilai kat Nogori tu saja jalan-jalan duduk rumah busu. Makcik cheq tu. Lepak sana sampai harini lah. Haaa ni baru balik. Best kot. Sebab apa best? Naik ketapi tukor-tukor hahahaha. First, paksu hantar kitorang dgn busu kat KLIA Transit, Salak Tinggi. Best kot naik ketapi berkelajuan tinggi. Rasa cem dalam hotel hahahahaha motif sangat. Lepastu turun Bandar Tasik Selatan pi Chan Sow Lin tukar pi Pandai Indah. Sampai jugak destinasi rumah kami :') Kami? Hm ya kami :') Hahahahahahahaha. Bukannya jakun tp first time aku naik KLIA Transit aka kereta api berkelajuan tinggi. Kau berdiri sebelah tu boleh terbang. Apak laju hengkoooo.

Benda sebenarnya gua takde kerja tu yg cerita semua ni. Sorrylah kalau boring kahkah. Sampai ketemu lagi ya. Bye. Assalamualaikum.

Saturday, August 31, 2013

Dissection.

Assalamualaikum semua :)

Long time no see? Haaa. Apa habak hangpa semua? Baik-baik belaka naa?
Harini takdok nok cito gapo eh. Sajo tengok-tengok kot kot ado bendo baghu. Hahahaha hambik kau Kedah campur Kelantan. Tak boleh cakap apa ah.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Sebagai salah seorang pelajar yang mengambil course Sains Tulen, 27 Ogos bersamaan hari Selasa lepas kelas aku ada buat pembedahan katak. Dengar macam seram bukan?


Tadaaa! Hahaha amacam? Banyak seram tak? Eleh tu baru sikit maaa :p Btw, ni bukan katak group aku, ni katak group lain, sorry, pinjam gambar jap. Hahaha. Okay.

Group aku ada 3 orang, Eyba, Syaff dan termasuk aku. Memang best lah aku kata bedah katak ni. Cuma first-first ah menggelikan bila nak pengsankan dia. Hidup lagi en memang gelilah. Nak pengsan kan dia ambil masa dalam 30 minit ah. Kalau nak yang fresh, nak yg gerak-gerak lagi, pengsan kan lah dia 15 minit. Tak berani aku. Kejap lagi nak start bedah dia gerak-gerak. Kesian kot. Tapi sayanglah, katak aku betul-betul dah mati masa kitorang nak start bedah tu. Sepatutnya masa nak bedah tu nak dia hidup lagi tapi dalam keadaan pengsan ah macam separuh sedar. Tapi tak, aku punya katak betul-betul dah mati. Badan dia pun dah keras macam ayam dalam freezer.

Lepas dah pengsan kan dia, angkat dia kat atas dulang kot. Apa tah nama dia. Macam benda hitam kat gambar atas tu. Then baringkan dia. Sebelum cikgu bagi bedah, cikgu suruh kitorang explore satu badan dia, mata mata dia, telinga, gigi, tangan, kaki, semua yang external lah. Lepastu, bermulalah kisah yang menyayat hati HAHAHAH. 

Kita mulakan dengan aktiviti membuang kulit. Aku dgn Eyba tarik kulit guna pengepit then Syaff yang potong kulit dia guna scalpel. Scalpel tu pisau tajam yang memang khas untuk bedah. Masa nak buka kulit tu tak boleh suka hati tarik. Kena hati-hati takut kena organ. Tapi before organ kita jumpa isi dia dulu or lebih dikenali sebagai daging. Dah siap, buka isi dia pulak. Guna scalpel juga. Dia ikut kesenangan ah. Ada group yang guna scalpel and ada juga yg guna gunting bedah. Dah buang isi, jumpalah organ seperti gambar di atas. Masa proses nak buang kulit and isi tu ada gambarnya :p


Macam doktor en? Smart en? Awesome en? Hahahahaha best gila cakap kau. Gambar proses buang kulit and isi tu gambar yg first sekali yang bajet-bajet semua pandang bawah hahahaha. Smart en? Well :p Dalam gambar first tu aku paling kanan, yg tengah tu Eyba and diikuti dengan Syaff. Dah buang kulit and isi, masa untuk selongkar organ. Ohh, sekarang baru tau rupa sebenar jantung, usus besar and kecil, perut, pancreas, liver, gall bladder and macam-macam lagilah. Orang kata group aku paling kejam sebab si Syaff tu lah. Dia pergi kepak-kepak katak tu macam kepak ayam. Dia patahkan sampai bunyi tulang tu boleh dengar kot hahahahaha. Dah bedah semua tu pergi selongkar katak yang lain. Ada yang besar, kecil, sederhana kecil. Group aku kira katak yg sederhana. Memang best lah bedah katak ni. Walaupun cita-cita aku bukan nak jadi doktor.

Dah habis bedah, buang semua bangkai katak, organ dia, masa untuk ambil gambar mwehehehehe.


Ni group aku. Tff kateko :p Gambar yg bawah tu muka aku nampak sangat bulat. Syaff memang saja letak gambar tu. Dia kan serabut nak ambik gambar dia je yg cantik hahahahaha. Tapi aku suka gambar ni, smart :p Lain-lain gambar...


 
Silat bersama hahahaha. Dari kiri, Hanis, Syaff, aku, Maslan. Always classmates kateko.

Tahun ni sekolah aku ada buat pertukaran pelajar dari luar negara macam tahun-tahun sebelum ni. Budak tu masuk kelas aku, dah 2 minggu tak silap aku. Dia dari Jerman and nama dia Nathan Vobis. Sebelum nak balik tu ajak dia bergambar, dia pun okay je, apa lagi, snap sana sini lah :p Hahahaha.


Orangnya tinggi lampai macam pokok kelapa. Thanks Nathan :) Dia pun melayan je kerenah kitorang hahaha. Sampai sini jelah post aku buat harini. InsyaAllah kalau ada topik yg lebih menarik (bajet en bunyinya? hahaha) akan ku coretkan di sini. Hahahaha ayat penulis terkenal lol sangat choii sangat. Bye semua. Assalamualaikum.




Friday, June 7, 2013

Yabedabedu

Assalamualaikum semua :)

So, macam mana dgn school holiday? Ada baik? Takda baik? Hahhaha. Hari ni dah masuk hari ke-15 budak sekolah bercuti. Wow dah lama rupanya cuti. Tapi rasa sekejap je what the lol hahaha xD Tup tup harini dah hari Jumaat.  Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dah sekolahh............ Cepatnya masa berlalu. Hm.

Sepanjang cuti sekolah ni aku keluar dengan kawan 2 kali jerr. Tak banyak macam korang *jet jet ayat budak facebook* Bwahahaha itu hina k back to the topic.

Hari Ahad haritu, 2 Jun, aku pergi Kenanga dengan Kaklulik. AWESOME. Best gila doh. Pergi sana sumpah rambang mata. Kita ni perempuan memang kalau boleh nak masuk semua kedai. Dah lah banyak barang murah, lepastu ada sale pulak tu. APAK BEST. Thumbs up katek0. Kitorang dah lah keluar dari pukul 10 balik pukul 5. Best gila kot. Rasa puas sangat. Tak pernah rasa mcm ni bila kitorang keluar. Baru first time rasa puas sangat keluar. Eventhough tak beli banyak, tapi puas hati ah. At least, aku beli jam hehehe. Punyalah pusing satu bangunan, beli jam je? Ada aku kesah? Bwahahahhaha xD Kaklulik pulak beli jam macam aku and lighter. MOTIF SANGAT PERGI JAUH-JAUH BELI LIGHTER xD Bukan lighter sebarang lighter. Lighter jenis yang lawa-lawa tu. Then habis shopping pi karok kat Axis. MANTOP. Then pi makan semua balik.




Sweet bukan? Awww. Hahahha.

Rabu haritu, 5 Jun, hang out dengan gegirls! Wehuuuu~ Akhirnya aku dapat jumpa my lovely Eisya, Kechik and Aqilah :* Dah lama gila kot tak jumpa diorang. Setakat Nad, Syaff, Arie apalah sangat :p Selalu dah jumpa. Bosan hahaha xD So, kitorang pergi Time Square makan semua then plan nak main bowling. Tapi bowling bapak mahal. Adalah dalam RM16 kot. Cekik darah kot. Plan nak main bowling pun terbantut. Then ingat nak pi karok dalam TS tu. Ada karok, tapi karaoke jamban. Bilik untuk 2 orang je. Kitorang semua 7 orang. Memang tak ah ceritanya! Pergi karok level lain tapi tempat tu macam lain macam. Ada arak, lepastu ramai orang cina. takpelah. Tak jadi. So, disebabkan kitorang semua gegirls, kitorang mengambil keputusan untuk shopping hehehe. Pusing satu bangunan kau. Kena carut kat twitter! Hahahaha.

Lepas pusing satu bangunan, aku dapat beli 1 beg. Diorang semua beli baju. Kemain kau shopping habis gituu~ Hahaha. 







Sweet bukan? Hehehe. Balik tu semua berpelukan. Almaklumlah kebanyakan diorang tu berasal daripada asrama. Ehh? Hina betul ayat xD So, bila duduk asrama memang jaranglah jumpa. Entah bila lagi lah agaknya kita jumpa lagi ye dak? Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat. Amin.

Tadi pergi sekolah jap ada latihan choral speaking. hehehe beloved TFF :* Bye, assalamualaikum.